Sunday, December 19, 2010

Andai aku sudah tiada

jika ku tak bangun esok pagi,
sahabatku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku sayangi.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sahabat lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.
sahabat tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
kasih sayangku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi......

No comments:

Post a Comment